Posts

Rindu

Banyak coretan tentang rindu telah aku baca di alam maya. Memang jelas sungguh bahawa setiap manusia tidak akan lari untuk merasa sebuah perasaan yang bernama rindu dan aku adalah salah satu daripada mereka. Adakalanya susah untuk aku menjelaskan derita sakit saat memendam rasa itu dalam jiwa. Aku rindu pada kenangan yang pernah tercipta antara aku dengan dia. Kehadirannya mampu membuat aku tersenyum bahagia. Dia adalah makhluk Allah yang paling indah dan ketika ini setiap kelakuannya masih bermain di dalam ingatan hingga hatiku sebak dek kerana terlalu rindu padanya. Aku kagum pada Maha Esa. Dia hebat menciptakan makhluk indah itu sehingga aku susah untuk melupakan. Semakin lama, semakin dalam rasa kerinduan. Allah sengaja hadirkannya dalam hidupku agar aku dekat kepadaNya. Mengirimkan doa dan terus yakin dalam percaya bahawa makhluk yang tidak berdosa itu pasti akan berada di syurga.
Recent posts